FOLLOW

12 June 2014

Happy 4th Birthday Syamim Nur Izzah...

Actually birthday Syamim 2nd June..tapi kami celebrate pada hari Sabtu, 7 June...Alaaa Cik Nad buat sambutan secara kecil-kecilan jer...Sebenarnya sebelum2 ni kitaorang tak pernah pon celebrate birthday Syamim. Kali ni dia sendiri yang request nak buat birthday party...siap kasik tema kauuu, dia nak pakai baju ala2 frozen gitew! Fuhhh..terkebil-kebil gak Cik Nad memikirkan permintaan sesatunya anak pompuan Cik Nad nih...ko biar betul! Mak ko ni dah la takder seni, tak reti nak berkreatif bagai...camner ekk? FROZEN OH FROZEN....Akhirnya.....
>
>
>
Haaaa akhirnya Cik Nad mintak tolong otai...ni mak Cik Nad merangkap nanny kepada si birthday girl! Cik Nad tak tipu ko...mak Cik Nad ni memang kreatif giler...baju Syamim pakai ni dijahit sendiri 100% oleh nanny dia! haaa terror kannn...kalau aku jangan harap arrr, nak jahit butang baju pon terhegeh-hegeh! Errr...mmm...yea la, itu hakikatnya. Heheh! So, Alhamdulillah...dapat la kitaorang merealisasikan permintaan Si birthday girl yang agak mengada-ngada niiii...kekeke...

Nak ceritanya, birthday party ni sangat laaa simple dimple. Cik Nad cuma jemput antara family terdekat jerrr. mula2 memang plan nak jemput satu kampong...tapiii kann...encik asben Cik Nad kata tak payah laa, sebab sekarang ni kan musim cuti sekolah...jadi weekend memang berlambak sangat majlis walimatul urus. Semua org busy nak gi kenduri kawen sana sini sinun...So kami jemput sikit jer tetamu, tak nak menyusahkan org datang birthday party yg tak seberapa ni...


Ni aksi si birthday girl sebelum majlis...korang jangan ingat Cik Nad mendera Syamim pulak eaaa...sebenarnya budak kecik ni yg sedang mendera mama dia...huhu...aku nak kemas rumah, dia pon nak kemas...aku nak mop lantai, dia pon nak mop...camni punya gaya, bila kerja nak settle?? Hangin jugak Cik Nad dibuatnya...tapi layankan ajer la...nanti penat dia stop la sendiri...

 HAHAHA...tu laaa dah cakap dahhh...dah letih mengacau dia akan stop sendiri! kannn...Memandangkan birthday party tu kul 8 mlm...so, petang tu Cik nad pastikan Syamim tido secukupnya supaya dia tak meragam malam ni! 

Yang ni bapa Cik Nad...bapa Cik Nad ni pon sangat kreatif orangnya...korang jangan tak tau, masa Haiqal berkhatan dulu, bapak aku siap buatkan pelamin untuk cucu dia! haaa...tapi kali ni kitaorang design yang simple2 jer la...majlis kecik jer kannn takmaw la over2 sangat. 

Ini la wall design kami yang tak seberapa...Bapak & adik2 aku yang buatkan...Sentuhan Cik Nad tidak diperlukan sama sekali kerana aku memang tak reti...huwarghhh sentap!

 Tengok tuuu...birthday girl sedang di touch up oleh nenek & mak2 sedaranya. Time ni Syamim kemahen berlagak dengan mama dia...langsung dia tak pandang aku! Cisss...

Ermmm....sekarang ni birthday girl sedang berarak di hadapan tetamu...ala2 princess gitew! Suka la kau Syamim yea..:) tu agaknya dia tengah feeling dia dah jadi princess Elsa...kekeke...

Syamim Nur Izzah...



Macam biasa la kaannn...mesti nak kena nyanyi lagu Happy Birthday masa potong kek. Cik Nad pon dengan rela hatinya menjadi ketua kumpulan bersama kanak-kanak ribena ni untuk nyanyi. Yang bestnya, masa kitaorang nyanyi tuuuu Syamim tersipu-sipu malu. hehehe...sememangnya anak dara Cik Nad ni pemalu...saling tak tumpah cam mama dia...ngeeeee...Oppsss lupa nak kasik tau...kek pon image frozen jugak youuu

Ni lah rupanya birthday cake tu...Chocolate Devil Cake with cheese layer. Sedapppp...Adik Cik Nad yang orderkan cake ni..tapi memang puas ati la!


Sebelum memulakan aktiviti makan-makan, kitaorang baca doa selamat dulu...Baru la afdal kannn



...dan aktiviti makan-makan pon bermula...biasa-biasa jer hidangan dari Cik Nad. Harap-harap semua tetamu suka la yea. Errr semua ni Cik Nad order jer, macam tak konpiden jer aku nak masak sendiri. Heheh...


Tima kasih banyak-banyak pada semua yang hadir ke majlis yang tak seberapa ni...:)

Bebudak comel ni semua enjoy tengok  movie Frozen kat TV...Besar sungguh pengaruh citer Frozen ni pada kanak-kanak yea!

Syamim Nur Izzah bersama hadiah-hadiah nyer...sukanya dia...hehe...Kompom penuh bonet kereta dengan toys masa nak balik KL nanti..Tabahkan hati yea suamiku, masa nak susun barang dalam bonet nanti! muahahah...

Hah! amekaww...hadiah teddy bear dari Si comel Shahana ni dah nak sama besar dengan Syamim...Sedap buat peluk tido ni..ngeeee

Syamim cam dah letih jer masa kitaorang bukak2 hadiah ni...takper, no problem..mama boleh tolong bukakan! Mama ko energetic lagi tengah-tengah malam ponnn...



Gambar ni tak letak pon takper kannn...Tapi takper arr..sesaja aku nak kasik bukti yang aku kerja kuat ooiii malam tu..buat air bagai! Kihkihkih...ada sesiapa yang kisah ker? hahaha...tak kira, nak citer jugak. Blog aku, suka ati aku la kan! Dusyummm!!!


Pic keluarga kecil kami...Sweet tak? hehe...
<
<
<
<
<
FINALLY....

SYAMIM NUR IZZAH...A DAUGHTER LIKE U IS A TRUE BLESSING, A GIFT & A WONDERFUL ADDITION FOR US...OUR WISH FOR YOU IS A BETTER TOMORROW THAT IS FULL OF BARAKAH FROM ALLAH S.W.T....
HAPPY BIRTHDAY SAYANG...LUV U FOREVER...



No comments:

Post a Comment

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015