FOLLOW

15 August 2014

ANAK KESAYANGAN???

Pagi tadi Cik Nad tersentap dengar soalan dari Mila (Cik Nad punya part time maid)..."Emangnya dalam semua anak kakak, siapa yang paling kakak sayang?" Errrmmm dah kenapa pulak Si Mila ni? Tetiba jer pepagi ni kasik soalan cepu emas! "Ehhh mestilah tiga-tiganya kakak sayang...mana boleh kita bezakan kasih sayang pada anak!" Camtu la jawapan Cik Nad...Jawapan sehabis ikhlas!!!

Rupanya tak puas ati lagi Si Mila tu...dia tanya lagi " Tapiiii Mila nampak kakak seperti selalu lebihkan seorang anak kakak..." HAH...APA???? Memang tersentap Cik Nad dengar...Biaq betoi hang ni Mila ooiii...sesuka ati jer nak tuduh aku pilih kasih...Arrgghhh...Cik Nad pandang muka Mila dan tanya "Siapa yang kamu nampak saya lebihkan tu?" Suspen tunggu jawapan minah Indon ni...
"Hmmm Mila rasa kakak lebih sayang pada DANIEL.." Pulak dahhhh...Dengan muka tak puas ati aku tanya kenapa Mila cakap camtu...adoiiii...ada ciri-ciri nak kena lempang dah Si Mila ni!!!

Jawapan Mila ringkas jer...katanya aku selalu sebut-sebut nama Daniel bila bercakap...Kiranya banyak story aku pasal Daniel setiap hari...Haaa gitu la lebih kurangnya maksud Si Mila....Cik Nad terus tarik nafas dalam-dalam sambil ligat berfikir apa yang Mila katakan tu...Okey, I get it!!! Cik Nad dah faham kenapa jadi camtu...huhu...No..no..i'm not that type of mother...No way!

Cik Nad hampir yakin 100%...punca yang menyebabkan Mila nampak Cik Nad lebihkan Daniel ialah kerana sikap Daniel sendiri...yup!


Shahizz Daniel sememangnya seorang yang sentiasa ceria dan aktif...:) Kata orang, tengok muka dia pon kita dah boleh agak karakter nyer camna kan! Murah dengan senyuman dan sangat senang mesra dengan orang, even baru kenal. Dalam ketiga-tiga anak Cik Nad, Daniel la yang paling 'banyak akal'...ada jer la yang dia nak buat. Kalau ada tetamu datang rumah...Daniel la orang yang akan entertain tetamu! Abang Haiqal agak pendiam...Syamim pulak suka main sendiri-sendiri...Agaknya ni lah sebabnyaaaa...kannnn! Daniel sendiri yang suka expose diri dia kottt...



Shahizz Daniel yang banyak ragam!


Apapun Cik Nad sangat memandang series apa yang Si Mila tu cakap...Tak best arrr kalau nampak cam Cik Nad lebihkan Daniel...Sumpahhhh...Tak pernah tau ada sekelumit sebesar kuman pon perasaan nak bezakan kasih sayang terhadap anak-anak. Ketiga-tiga mereka adalah permata hati Cik Nad, anugerah dari Ilahi yang terindah dalam hidup Cik Nad....

Dan yang paling penting ialah Cik Nad selalu ingatkan diri sendiri yang anak2 itu adalah AMANAH dari Allah...yer, amanah...suatu perkara yang tak boleh dipandang sebelah mata...Sesungguhnya kita akan disoal atas setiap perbuatan kita dalam menyempurnakan amanah yang kita pikul. Cik Nad tak nak jadi ibu yang 'derhaka' pada anaknya....Ya Allah..berikan aku petunjuk agar mampu menjadi seorang ibu yang terbaik untuk ketiga-tiga anakku...Amien...


Inilah ketiga-tiga permata hati Cik Nad...my everything!

Nampaknya Cik Nad kena muhasabah diri...buat 'post mortem' dan ubah sikap mana yang perlu. Sekali sekala minta maaf dari anak-anak apa salahnya kannn!


BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE!

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015