FOLLOW

22 September 2014

MEEHOON GORENG SEAFOOD

Hai korang...Hari ni Cik Nad nak share resepi meehoon goreng seafood...Alaahhh meehoon goreng jer ek?? Hehe..Tapi ok apa... resepi simple pon orang suka google jugak kan, betul tak? Cik Nad la orang tu...kehkehkeh!!! Bukan apa, even resepi simple pon best jugak kalau kita pelbagaikan...Cik Nad suka google2 tengok idea orang lain pulak  camner...barulah meriah nak masuk dapoq! Hahaha...nak meriah saja Cik Nad niiii...

BAHAN-BAHAN:
1 BUNGKUS MEEHOON (Cik Nad suka jenama Faiza)
1 SUDU BESAR CILI BOH
2 ULAS BAWANG PUTIH DIKETUK
1 BIJI BAWANG BESAR DIHIRIS
1/2 BOTOL KECIL TOMATO SOS
1 SUDU BESAR KICAP MANIS
1 SUDU BESAR KICAP MASIN
1/2 KIUB AYAM KNORR (sebijik kiub dipotong 2  yea)
SAWI + TAUGEH (agak2 la banyak mana korang nak)
RENCAH : KERANG + UDANG +SOTONG (agak2 jugak korang nak banyak mana, asal padan        dengan meehoon)
HIASAN : DAUN SUP + DAUN BAWANG + BAWANG GORENG
                   CILI PADI + KICAP MASIN + CUKA


CARA-CARANYA:

*Panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang merah. Kemudian masukkan cili boh. 
*Masukkan pula tomato sos, kicap masin + manis, kiub ayam knorr. biar seketika dan kacau sebati.
*Seterusnya masukkan kesemua bahan rencah kita. Kacau dan biar sekejap jer..Jangan lama2 sangat sebab seafood tak sedap kalau overcook.
*Sekarang dah boleh masukkan meehoon yang telah direndam hingga lembut terlebih dahulu..Masukkan juga sawi dan taugeh. Kacau sebati semuanya. Dah siappp....


#Kalau kita nak cepat, yer laa kot2 tetiba jer ada tetamu nak datang, time2 tu jugak nak goreng meehoon...boleh jer rendam terus meehoon tu dengan air panas. Tapi jangan panas mendidih tau, nanti lembik sangat meehoon jadi tak sedap. Agak2 la tahap kepanasan air tu, campur sikit air panas dgn air biasa pon ok jugak.

#Sayur jangan masuk awal2, nanti lembik lunyai...biar masuk lepas meehoon, baru fresh!

#Resepi ni dah tak payah letak garam yea...perasa dari sos, kicap dan pati ayam tu dah cukup.

Ok...Last sekali kita hias dengan daun sup + daun bawang...letak bawang goreng sikit. Kalau suka nak letak Telur pon sedap jugak kannn...

Dan...jangan lupa gandingkan dengan cili padi + kicap + cuka sikit...Besttt! Baru ada kick...:)

Selamat mencuba...
Semoga bermanfaat..


BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE!
                

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015